Serikat Mahasiswa

Serikat Mahasiswa merupakan persatuan mahasiswa yang ditubuhkan pada 5 Disember 2014 oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM). Perkataan serikat diambil daripada persatuan Sarekat Islam yang telah ditubuhkan pada era Imperialisme. Aktivis Serikat Mahasiswa bersatu berlandas satu idea untuk membawa mahasiswa menjadi salah satu entiti yang berperanan secara nyata dalam membangunkan negara. Kesedaran ini bermula apabila melihat suara mahasiswa Malaysia mula dieksploitasi oleh individu-individu yang berkepentingan dalam parti politik tanah air menjadikan mahasiswa seperti buah catur untuk ahli politik berebut kuasa. Program pertama Serikat Mahasiswa di Tasik Fajar USM bersama Benz Ali pada 5 Disember telah dihentikan oleh Jabatan Keselamatan USM menyebabkan mereka terpaksa mengambil inisiatif untuk meneruskan program tersebut di luar kawasan USM. Akibat tentangan daripada pihak universiti, mereka mula bergerak dengan slogan seperti ' We Lead Not Lick ', 'Memanusiakan manusia dengan berfikir', 'gedeber' untuk melawan pencanduan minda mahasiswa ini. idealism, intelektualism dan activism merupakan teras kepada gerakan mereka. Kini Serikat Mahasiswa telah mempunyai aktivis daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Serikat Mahasiswa

Warganegara Malaysia
Kelahiran 5 Disember 2014
Pulau Pinang
Pusat pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM)